time heal every single thing .

assalamualaikum .
ketara tahap klcc jarak dengan entry lepas . berapa lama sesibuk mana aku tak tahu . but there's something in my mind if i update this blog . the thing that i cannot share with anybody include the closest one because i know there's no answer that i will get it .

time heal everything include the smallest thing, right?
you will keep ask yourself the same question until you get the right or the perfect answer to make it okay or feel better a while . remember okay, a while .


actually it, full of shit.

this is the truth.


orang akan keep asking keep talking keep doing . but they never know what we have done .
hmm . ahhhhh . full of question but nothing to wrote . NOTHING .





                                                                                                      love ain, XOXO

:/

assalamualaikum.
tak ada nak bermadah panjang panjang kat sini. nak terus sraight to the point dengan apa yang nak ditaip. tangan nak bergerak laju je kalau dalam kepala dah hang.

manusia.
complicated sangat. memiliki cara yang berbeza beza semuanya. dari segala aspek. susah untuk difahami walau  dah cuba sedaya upaya untuk kenal sedalam dalamnya. saat paling down bila kita rasa kita dah kenal dia sedalam dalamnya tapi percaturan kita sebenarnya salah. salah? sebenarnya semua terletak di tangan masing masing untuk memberi peluang untuk kenal satu sama lain. sekuat mana mencuba kalau orang tak memberi ruang takkan ada kesan. semua manusia ada sifat ingin difahami. cuba tanya diri sendiri "aku pernah faham orang tak?". jawapannya ada disitu. sampai satu tahap kita akan rasa give up sangat nak kenal orang plus plus orang yang paling penting dalam hidup kita. kadang kadang keluar dalam kepala, tak cukup ka apa yang aku buat? tak cukup ka apa yang aku cuba? aku salah buat ka? aku silap cakap ka? hmm. ya, manusia terlalu complicated untuk difahami sebab berlainan fikiran berlainan rasa dan berlainan pandangan. tapi setiap manusia memiliki satu sifat yang takkan terpisah. "penat". semua manusia ada benda ni. bila dah sampai satu tahap benda ni akan dilalui oleh semua orang. tak kira penat dari segi apa jua. perasaan, fizikal, and mental.

entah.
aku dah tak faham. dimana silapnya? dimana salahnya? dimana? aku dah tak nampak apa yang patut aku buat. aku cuba tetap salah. apa lagi patut aku cuba? aku dah penat dengan cuba pertahankan dengan sebelah pihak. sebelah pihak lagi dimana? hmm. semua manusia ada rasa cemburu. semua manusia ada perasaan ingin dimiliki. semua manusia ada perasaan ingin dilindungi. semua manusia ada rasa takut kehilangan. semua manusia ada rasa ingin dihargai.
"they aren't stupid, and you don't need a complicated set of rules to find a good one who loves you. here's the only rule you need, IF SOMEONE LOVES YOU, THEY WILL DO ANYTHING THEY CAN KEEP YOU AROUND. ANYTHING!"
enough right? tu je yang mampu dikata. aku dah penat dah. aku dah malas fikir apa orang nak buat. karma tu ada. lambat atau cepat terpulang. aku dah malas nak fikir sebab aku dah tak nak mengadap karma. aku dah penat lukakan hati sendiri. aku dah penat lukakan hati orang yang tak bersalah. aku lebih senang bawak hati sendiri sekarang.


p/s :
# biar orang buat kita jangan kita buat orang :)





                                                                                                                     love ain,XOXO

manusia.

assalamualaikum,
setelah sekian lama menyepi dari menaip . datang kembali ke dunia blogger setelah bosan dengan sikap manusia yang sentiasa berubah dari saat ke minit . bukan nak meluah bukan nak mengadu cuma sekadar melepaskan apa yang terkandung dalam hati . sukar untuk dibicara sukar untuk difahami .

manusia .
satu benda yang sangat rumit atas muka bumi ini . benda paling susah untuk dijangka, untuk dikesan, untuk dikenali dan segala untuk . rapuh dia alami, senyuman yang dilihat dari luarannya . benda yang sangat suka menipu adalah luaran, dalaman? siapa saja yang mampu lihat sampai dalam kalbu? kadang kadang luarannya megah tapi sampai satu masa bila sendirian dia rebah tak mampu lagi bangun . bila cuba mengharapkan orang yang paling disayang memberi kekuatan, sekali lagi kita rebah dengan gaya mereka yang acuh tak acuh . orang yang paling rapat kadang kadang adalah orang yang paling tidak kenali diri kita yang sebenarnya . orang yang kita beri komitmen, orang yang kita harapkan ada disaat kita terluka, rupanya cuma khayalan . ada mereka ketika suka suka bukan suka duka . semua orang berkeinginan untuk disayangi, untuk dihargai, untuk diingati, untuk segala untuk tapi tak semua orang mampu memberi benda yang sama . semua cuma mahu TAKE TAKE AND TAKE bukan GIVE AND TAKE .
manusia yang dianugerahkan dengan sikap ego, kadang kala egonya tak bertempat, kadangkala egonya setempat sehingga apa saja yang berlaku dia terima seadanya . bukan lagi redha tapi dah bertukar menjadi pasrah . manusia selalu berkata itu yang ditetapkan, apa dia lupa dia yang membuat keputusan? YA, manusia selalu saja memikirkan dirinya sendiri sedangkan orang disekeliling dipandang sebelah mata sahaja . orang yang sentiasa disisi dipandang sekilas demi mengambil hati . kalau benar sayang yang diucap oleh setiap manusia, mana mungkin akan ada perkataan perpisahan . perasaan yang dipupuk dalam diri berhari berminggu berbulan bertahun tapi ditinggalkan tanpa perasaan . YA sama sama sakit tapi siapa yang membuat keputusan? bukan kah diri sendiri?
apa salah jadi manusia yang egonya diketepikan? cemburu nya tiada? iri hatinya tiada? hasad dengki diketepikan? apa salah jadi manusia yang saling memahami?

tapi
kita cuma manusia yang memang sentiasa ada perasaan itu .


p/s :
sekadar menaip tanpa berfikir dua kali mahupun tiga kali .






                                                                                                                     love ain,XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...