#pertemuan #perpisahan

Assalamualaikum.
Bulan puasa pun dah nak habis. Last entry hari tu masa start puasa. Bukan tak nak update tapi keadaan yang tak mengizinkan. So here i am today. ^^ 


Pertemuan dan perpisahan? Hari ni terbaca status someone dekat facebook. Terlintas nak update something and share something tentang ni. 

Setiap pertemuan yang berlaku dah ditakdirkan atau dah tertulis sebetulnya. Macam mana, dari mana, kenapa, and banyak lagi. Kita tak akan tahu dengan siapa kita berjumpa dengan siapa kita bakal kita berjumpa. Mungkin yang terbaik bukan hari ini. 

Perpisahan? Actually bila dah berlaku sebuah pertemuan kita yang tentukan sama ada orang tu stay atau tak dalam kehidupan kita. Cara kita, status dia, and macam mana each other rasa. 
Bagi aku lah, sebenarnya kita boleh bersama walau teruk mana pun halangan yang datang sebab bagi aku if kalau dah satu sama nak apa salah nya cuba tanpa henti. Perpisahan lagi menyakitkan kalau dua dua masih sayang. 

Tapi, 
Kita hanya mampu merancang. Yang menentukan adalah yang maha kuasa. 
Mungkin hari ini kau masih sayang tapi hari esok belum tentu kau masih memiliki perasaan yang sama. 
Kadang kadang bersebab, mungkin kau rasa ini belum yang terbaik untuk kau, mungkin kau rasa dia belum cukup untuk kriteria yang kau nak and banyak lagi. Mungkin ini sebab apa yang kita pernah buat suatu masa dahulu. Mungkin ada yang kita terlepas pandang. Atau mungkin benda tu yang masih kita lakukan sekarang. Sometimes we need to take a time and rewind back what we have done for our entire life. 

Apa yang aku tulis sebenarnya bercanggah dengan hati aku. Tapi aku tulis kerana benda ni berlaku pada orang sekeliling aku. Aku banyak belajar dari orang yang berada disekeliling aku. 
Mungkin satu hari nanti aku akan rasa semua benda tu. Maybe one day. 


p/s : 
# attitude. behaviour. how. 
# realise. 



                                                                                                            love ain, XOXO

0 comment (s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...