assalamualaikum .
''akan ada yang terluka''
skandal ? sape yang ada skandal tue , confirm faham maksud skandal nie kan ? skandal boleh dikatakan hubungan yang tiada kepastian . nak cakap kawan tak , nak cakap kekasih pun bukan . skandal juga digambarkan sebagai menduakan kekasih .
banyak persepsi terhadap orang yang banyak skandal nie , antaranya :
i ) tidak bagus kerana perbuatan ini boleh melukakan hati kekasih sendiri ataupun orang lain .
ii ) tidak ada masalah selagi ada kepercayaan pada pasangan sebenar .
iii ) tidak berpuas hati dengan hubungan yang sedia ada .
kenapa perlu ada skandal sedangkan sudah ada kekasih hati ?
supaya dapat melepaskan tekanan atau meluaskan 'net-working' ? jadi apa guna ada kekasih hati ? tak penting pun skandal nie kan ? hanya akan mendatangkan masalah . malah , berisiko tinggi untuk kehilangan kekasih hati .
kenapa perlu lukakan hati kekasih sendiri kalau betul kita sayangkan dia ? kita gembira kerana ramai wanita di sekeliling ? lumrah hidup sememangnya tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada . kenapa ucap sayang sedangkan hati berbelah bagi ? lebih baik kita menghargai perhubungan yang sedia ada . skandal hanya akan mencetuskan pergaduhan dan merimaskan diri kerana perlu sentiasa berpura-pura . kesimpulannya , skandal ini hanya akan menyusahkan diri sendiri .
'' jika sudah kau mencintai dia ,
putuskan aku dengan baik caranya ,
...........
tapi ku ikhlas melepaskanmu ,
karena aku manusia biasa . ''
p/s :
# perasaan sayang bukan untuk dimainkan .
# setialah dengan yang ada .
love ain,XOXO
1 comment (s):
betul tu dik...akak pun sakit ati tau klu pasal skandal2 ni..huhu
Post a Comment