Someone special becomes a memory !

Asalamualaikum ,
Dah lama rasa tak update blog nie . Tengok pun jarang jarang blog nie .
Tak selesa sebenarnya update entry pakai iPad . Bukan nak show off okay tapi realiti nya memang tak selesa sangat sangat .

Sebenarnya nak cerita sikit hari ni tentang apa yang dah berlaku and dah pun berlalu .
Dia datang tak diundang dan dia pergi takkan kembali .
Pelik kan bila someone yang kita hargai sangat sangat pergi macam tu je ? Tanpa alasan yang kukuh pula . Memang saya tak mengharap yang hubungan ni akan kekal sampai ke jinjang pelamin tapi saya tak sangka secepat ini dia pergi dan menjadi sebuah kenangan .

28 Februari 2013 .
Tarikh kejadian di mana sang puteri kehilangan sang putera angkara orang ketiga . Haha .
Okay ! Stop mengarut --'
Tak ada guna kita pertahankan hubungan yang orang tak nak . Perhubungan terjadi apabila dua orang yang saling mempertahankan nya . Saya bukan nak buka pekung di dada tapi nak story a little bit perjalanan hidup saya . Ayat tak boleh belah --' .

Serius saya cakap saya tak tahu kenapa hubungan kita boleh terhenti tanpa alasan kukuh . Tapi saya yakin awak ada jawapan nya kan ?
Saya bahagia bila awak bahagia walaupun bukan dengan saya bahagia . Saya doa kan awak boleh yang lebih baik walaupun saya memang terkilan apa yang dah terjadi .
Kalau awak baca blog saya , saya harap awak akan bagi jawapan nya dekat saya .
Maaf sebab tak dapat bagi apa yang awak minta , saya takkan berkawan dengan "bekas" saya .
Tambahan pula apa yang terjadi antara kita sekarang . Maafkan saya kerana menolak permintaan awak yang terakhir .

Maaf apa yang telah terjadi . Halal kan semua yang telah berlaku dan harap tak ada dendam antara kita ye . 
Good luck for everything Faisal :) 

P/S :
# tak semua yang kita nak akan dapat . Kadang kadang apa yang kita perlukan yang Allah bagi :)
# perjalanan kita masih jauh . Masih ramai yang kita akan jumpa :) 



                                                                                                                   love ain, XOXO

0 comment (s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...